Wednesday, September 21, 2011

Fakta Sejarah – Polis Sebelum dan Selepas Merdeka

Sumber artikel: Malaysia Times

Mari mengenali siapa British dan hubungkait dengan talibarut British.

Mengenai dengan polis/askar sebelum merdeka dan selepas merdeka, terdapat perbezaan yg amat jauh sekali dengan tugasan dan tangungjawab mereka.

SEBELUM MERDEKA.
1.) Negara kita masa itu sedang dijajah oleh British. Fakta British adalah penjajah Tanah Melayu, membolot semua hasil bumi tanah melayu untuk kepentingan penjajah kafir barat-British. 

2.) British dengan bijaksananya merekrut org2 melayu (sebahagian yang tak ada kerja), untuk menjadi mata2 (polis bawahan) British di Tanah melayu.

3.) Tugas mata2 British ini adalah untuk menjaga kepentingan British dan TAAT Setia mereka adalah kepada Queen Elizabeth (Raja British).


4.) Terdapat ramai dikalangan anak tempatan (samada melayu atau bukan melayu) dimasa ini yang mempunyai semangat untuk menuntut kemerdekaan bagi negara sanggup menggadai harta dan nyawa demi membebaskan negara pada masa itu. 

5.) Ini boleh dibuktikan dengan perjuangan awal orang-orang melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya. Dalam perjuangan mereka, mereka juga terpaksa bertempur dengan orang-orang melayu yg menjadi talibarut-talibarut penjajah yang tugasnya menjaga kepentingan penjajah.

6.) Satu fakta penting lagi, kafir penjajah British adalah musuh utama kepada Khilafah  Islam Utmaniah. Mereka telah membolot hasil bumi dan kekayaan melayu untuk melawan Khalifah Islam Uthmaniah. (Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah mengeluarkan fatwa Jihad-I Ekbar Fardi Ayn terhadap Britain dan sekutu-kutunya pada 14 November 1914
.
Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914) 

7.) Satu lagi fakta penting pasal Penjajah British pada masa berkenaan — Henry Gurney dilantik  menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera Britishyang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey.

Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

8.) Jadi penentangan orang-orang melayu Islam  terhadap kafir British bukan sahaja menentang penjajah tanah air tetapi juga adalah jihad terhadap musuh islam (Khilafah Utmaniah) pada masa tersebut. Orang yangg bersubahat untuk menjaga kepentingan British pada masa berkenaan untuk melawan jihad terhadap British pada masaberkenaan sebenranya bukanlah pejuang agama dan negara yg sebenar.

Ini adalah fakta. Malah orang-orang yang berjuang menentang British pada masa berkenaan adalah hero@pejuang sebenar negara. Mengenai kerjasama antara orang Islam dengan bukan Islam (tempatan) menentang British itu adalah perkara diharuskan. Dan perlu diingat tindakan2 PKM sebelum merdeka dan selepas merdeka adalah sangat berbeza sama sekali. Sebelum merdeka, tumpuan mereka hanya memperjungkan kemerdekaan dan tidak membunuh mana-mana orang awam kecuali talibarut penjajah sahaja (kena baca fakta2 sejarah dr pelbagai pihak). Walau bagaimanapun tidak dinafikan terdapat tindakan melampau PKM pada masa tersebut dan ini juga perlu dikutuk.

9.) Berdasarkan hujah bahawa British adalah penjajah Tanah Melayu dan musuh utama khilafah Islam Uthmaniah, pihak-pihak yang bersekongkol dan  berjuang mempertahankan British pada masa berkenaan bukanlah pejuang Agama dan Negara.

10.) Untuk persoalan macam mana British boleh senang-senang bagi kemerdekaan Tanah Melayu melalui rundingan , sila renungi fakta penting berikut —-; Perancang penjajahan Britain di Mesir, Lord Cromer pernah menyatakan di dalam bukunya ‘Modern Egypt’:"Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa pun"

SELEPAS MERDEKA.
1.) Negara kita sudah merdeka dan mempunya raja sendiri.

2.) Polis dan Askar pada masa ini berkhidmat untuk menjaga keamanan negara dan taat setia kepada Agung/ Raja Melayu. (terdapat perbezaan yang amat ketara disini berbanding sebelum merdeka).

3.) Tindakan Polis dan Askar memerangi komunis adalah tindakan demi menjaga kepentingan Negara adalah pejuang Negara.

4.) Ini langsung tidak dipertikaikan asalkan tindakan tersebut benar-benar demi untuk agama, bangsa dan negara bukan untuk kepentingan pihak tertentu.

5.) Jadi Ayah/Atuk (anda) serta ahli keluraga aku yg berkhidmat melawan komunis selepas merdeka adalah jelas pejuang agama dan bangsa.

6.) Walaupun begitu jikalau British membenarkan pendamaian (seperti dalam rundingan Baling), semua yang berlaku ini mungkin dapat dihindarkan. Tetapi British bijak dalam melaksanakan teknik pecah dan perintah demi untuk kepentingan penjajah British padamasa berkenaan.

Akhir kata, selamat maaf hari raya. Dan mohon maaf kalau terkasar bahasa. Dan dalam hal ini aku hanya berhujjah berdasarkan fakta sejarah.  Tindakan-tindakan PKM selepasmerdeka tidak sepatutnya digabungkan dengan tindakan sebelum merdeka. Terdapat perbezaan pendekatan yang amat banyak sekali . Dan tindakan orang Melayu angkat senjata sebelum merdeka (walaupun berkerjasama dengan PKM) harusluh dilihat dalam konteks perjuangan untuk menuntut kermerdekaan dan melawan musuh khilafahislam uthmaniah. Terdapat perbezaan pendekatan yang amat banyak sekali. Dan aku juga mempunyai ahli keluarga yg menjadi mangsa Komunis, tetapi bila berhujjah aku kena mengenepikan sentiment emosi dan harus jujur kemukakan berasaskan fakta yang sebenar. Itulah yg dituntut oleh Islam.

2 comments:

Diya Nordin said...

agreed.

totally agree dengan pendapat kat atas. Tapi masih ramai yang tak dapat menilai sejarah dari erti kata sebenar hanya kerana kata-kata itu keluar dari bibir seorang pembangkang jadi kenyataan itu sudah dijadikan sentimen politik.

Nurhidayah Ariffin said...

Pengenalan dan pemahaman terhadap sejarah berbeza pada tahap usia dan intelektual.Fokus pada zaman persekolahan adalah untuk meningkatkan patriotisme,usia yang lebih tinggi pula membawa kita semakin berfikir dan ingin mencari mana yang benar. Apa yang dihadapkan pada permulaan,itu yang mudah untuk manusia cakna dan simpan dalam memori.Bilamana kita mahukan sesuatu yang benar dan memuaskan hati,kita kena usaha lebih untuk mencarinya.Sejarah mmg banyak rahsianya.. :)