Friday, September 23, 2011

Hudud: PAS vs DAP




Pandangan peribadi saya berkenaan isu hudud yang di mainkan oleh media perdana antara PAS – DAP

1. Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah baginda dengan dakwah bil-hal. Baginda menunjukkan contoh dalam setiap keadaan

2. Permulaan dakwah nabi bermula dengan penerapan aqidah, barulah dilaksanakan syariat hukum Islam

3. Dalam Malaysia, setiap negeri mmpunyai kuasa/enekmen/akta untuk melaksanakan hukum Islam. Isu hudud negeri Kelantan tidak di laksanakn kerana kerajaan persekutuan tidak membenarkn perlaksanaan hukum tersebut kerana dikatakan bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.

4. Dalam isu hudud antara DAP - PAS. DAP mengatakan perlaksanaan hukum hudud tidak ada dalam manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat.

5. Pandangan peribadi saya dalam hal ini, seandainya PR memerintah Malaysia, perkara ini tidak menjadi masalah kerana setiap negeri mempunyai kuasa untuk menggubal / melaksanakan hukum Islam tersendiri. Biarlah negeri Kelantan, Kedah yang di kuasai oleh PAS melaksanakan hukum hudud tersebut terlebih dahulu sebelum di laksanakan oleh negeri-negeri lain atau peringkat negara. Negeri Kelantan boleh menjadi role model atau contoh di dalam perlaksanaan hukum hudud tersebut.

5. Jika DAP tidak mahu melaksanakan hukum hudud, maka tidak perlu la melaksanakan hukum tersebut di negeri yang di perintah oleh DAP sebagai contoh Pulau Pinang.

6. Didalam Islam mempunyai hukum Takzir, Hudud dan Qisas. Maka, di peringkat negara, di dalam keadaan masyarakat yang masih jahil tentang hukum Islam ini, maka di laksanakan hukum Takzir selain hukum Hudud.

7. Setelah aqidah dan kefahaman yang jelas telah diterapkn dalam setiap masyarakat, maka hukum Hudud boleh lah di laksanakan dengan menyeluruh berpandukan dengan model Negeri Kelantan yg telah melaksanakan hukum tersebut terlebih dahulu..

~ ini adalah sekadar pandangan saya berdasarkn ilmu yg ada ~

Wednesday, September 21, 2011

Fakta Sejarah – Polis Sebelum dan Selepas Merdeka

Sumber artikel: Malaysia Times

Mari mengenali siapa British dan hubungkait dengan talibarut British.

Mengenai dengan polis/askar sebelum merdeka dan selepas merdeka, terdapat perbezaan yg amat jauh sekali dengan tugasan dan tangungjawab mereka.

SEBELUM MERDEKA.
1.) Negara kita masa itu sedang dijajah oleh British. Fakta British adalah penjajah Tanah Melayu, membolot semua hasil bumi tanah melayu untuk kepentingan penjajah kafir barat-British. 

2.) British dengan bijaksananya merekrut org2 melayu (sebahagian yang tak ada kerja), untuk menjadi mata2 (polis bawahan) British di Tanah melayu.

3.) Tugas mata2 British ini adalah untuk menjaga kepentingan British dan TAAT Setia mereka adalah kepada Queen Elizabeth (Raja British).