Thursday, September 25, 2008

Salam Akhir Ramadhan

Ramadhan al-Mubarak semakin meninggalkan kita.. Sedar atau tidak, Ramadhan masih tinggal beberapa hari je lagi... Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita, sejauh manakan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini.. Adakah kita menjadi insan yang lebih baik dari bulan-bulan sebelum Ramadhan atau sebaliknya... Adakah kita memperolehi darjat ketaqwaan atau tidak.. Sama-samalah kita muhasabah diri kita..


Tuesday, September 16, 2008

Minyak oh Minyak..bila la kau nak turun..

“Assalamualaikum Syubra… Kenapa dengan motor kamu tu?” tanya Syabri..

“Aduhai Syabri, motor aku ni habis minyak la…aku lupa nk pi isi la kelmarin… Susah la macamni.. Malas betul la nak beratur tunggu bas gi kelas ni”

“Laa kamu ni Syubra… UMS kan dah sediakan bas, naik bas je la”

“Memang la ada bas cik abang Syabri ooi… Tapi tu mu try tengok… Panjang giler orang beratur tu!!! Bas ni, kadang-kadang ada, kadang-kadang takde…kadang-kadang cepat datang…kadang-kadang lambat..baik aku gi dengan motor je”

“Mu nak gi dengan motor macamne, kan minyak motor mu habis?”

“Ala…nanti aku sedut minyak dari motor Pawe la…dia bagi punya la… hehe”

“Emp… takpe la macamtu... Wei Syubra, aku dengar harga minyak dunia dah turun dah… Banyak giler pulak tu yang turun… Skrg ni dah AS$95 dolar setong…”

“Ye Syabri…memang harga minyak dah turun dah pun…berminggu-minggu dah… Tapi harga minyak di Malaysia ni tak reti-reti nak turun…tetap je mahal…huhu… Aku pelik la kenapa”

“Ye la kan... Dulu masa harga minyak naik sampai AS$125 – AS$135 setong, kerajaan kita add-hock naikkan harga minyak sebanyak 78 sen… Tapi sekarang ni minyak dah turun, tapi bukannya nak turunkan secara add-hock jugak pun… Cuma masa pilihanraya Permatang Pauh haritu je, turun 15 sen…tu pun sebab desakan pengundi kawasan tu”

“Mu ni gak Syabri, biasa la tu...politik kan..kita ni mahasiswa je…takde kuasa pun nak turunkan harga minyak… Tengok aku ni, duit PTPTN aku pun dah nak habis dah…bukannya aku buat apa pun…buat beli minyak motor je…dah la minyak mahal… Kesian kat aku tau”

“Sabar je la kan… Nanti turun la jugak harga minyak tu… lebih-lebih lagi esok 16 September dah..banyak benda nak turun kan…”

“Ye tak ye jugak kan… Takpe la, tu Pawe dah mari dah tu…aku nak amik minyak motor sikit dari motor dia… k la... Assalamualaikum Syabri”

“Waalaikumussalam Syubra”



Saturday, September 13, 2008

Biarlah...

Tut…tuuut… Tut…tuuut…. Nset Nokia 6030 aku berbunyi… “Adoi…sape la yang col ni…emp”… Mataku masih terpejam lagi…aku gagahkan jugak tanganku untuk menjawab panggilan tersebut..


“Assalamualaikum”


“Waalaikumussalam” jawab ku…


“Owh…mama, ingatkan sape yang col tadi”


“Kamu ni awie, nape tak angkat col mama tadi…dah 15 kali mama col, tapi kamu tak angkat-angkat jugak” marah mamaku…


“Emp..minta maaf ye mama, awie tido tadi..tak sedar mama col awie..”


“Ish awie ni, skrg baru pukul 9 malam, dah tido dah… ni dah makan dah ke blom ni?” tanya mamaku


“Blom lagi la mama…awie berbuka puasa tadi minum air je…takde selera nak makan”


“Ni ape cite ni sebenarnya ni? Macam ada masalah je ni? Selalunya kalau awie tido masa-masa macamni, mesti ada apa-apa ni…”


“Emp… Mama ni, macam faham-faham je perasaan anak sulung dia ni…tiba-tiba je boleh col awie ni kan…”


“Takde pepe pun sebenarnya mama…tapi hati awie sekarang ni rasa pedih je… Rasa tak bersemangat je nak buat kerja…nak gi jamuan kat masjid pun rasa tak bersemangat… Entah la…”


“Nape tak bersemangat ni…cite la kat mama ye”


“Entah la mama… Awie yang bermasalah sebenarnya… mama pun faham perangai awie… awie ni mudah terasa hati.. Nampak je muka awie ni ceria, macam takde pepe berlaku, tapi hati awie lain”


“Mama kan tahu, awie tak suka orang tipu awie... awie fobia la mama… dah banyak kali dah orang tipu awie… kalau orang lain suku sakat, takpe la…ni sahabat sendiri…”


“Time sekolah menegah dulu dah kena tipu, kena fitnah lagi, kat matrix pun kena tipu dgn sahabat baik jgk… Semua ni mama dah tahu kan… ni, kena tipu lagi… adoi, tensyen la mama… biar la tipu suruh buat kerja pun...tapi awie tak boleh la mama…awie sedih…fobia”


“Ish kamu ni awie, lelaki pun boleh fobia jugak ye? Hehe…”


“Mama ni, boleh pulak gelak-gelak kan awie ye? Anak mama ni bukannya tengah bergurau ni mama…”


“Ye ye…mama tahu kamu tak bergurau… Tapi awie kena la bersabar ye.. biasa la tu, kadang-kadang bukan semua benda berlaku atas kehendak kita kan… Manusia ni kan macam-macam ragam”


“Anggap la ni ujian bagi kamu sempena bulan ramadhan ni ye…”


“Ye mama… Emp…takpe la mama, biar je la ye… sehari dua lega la hati awie ni…”


“Take your time k my dear”


“InsyaAllah mama.. Emp.. Mama, awie nak solat dulu ye… Awie belom solat lagi ni”


“Okay… Solat baik-baik ye…tenangkan hati ye…”


“InsyaAllah mama… K la mama, assalamualaikum”…




Cerita ini ditulis oleh Awie as-Syubra.. Saya cuma masukkan dalam blog saya je.. Harap maklum



Friday, September 12, 2008

Jangan hanya pandai bercakap....

Jam sudah menunjukkan pukul 10.15. Tapi BT52 SST masih lagi lenggang. Tidak ramai pelajar yang hadir. Suasana ini sudah biasa berlaku setiap hari Isnin. Pelajar tidak berminat untuk menghadiri kuliah Kimia Fizikal. Entah kenapa…

Salman al-Farisi, Muhammad al-Fateh dan Iskandar Zulhisyam masing-masing duduk di barisan ketiga belakang. Muhammad al-Fateh sedang asyik menulis artikel, dia tak dapat nak fokus kat lecture. Iskandar Zulhisyam pula berusaha untuk memahami apa yang lecturer ajar, walaupun memang tak faham pun. Salman al-Farisi pula asyik duk tengok je lecturer, mulut dia asyik berkata.. “Apa la yang lecturer tu cakap, aku langsung tak faham”.

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Kuliah sudah berakhir. Dalam perjalanan untuk balik, Iskandar Zulhisyam memulakan bicara.

“Fateh, subuh pagi tadi aku terkilan ar sikit…” kata Zulhisyam.

“Apa dah berlaku sebenarnya ni Zulhisyam?” tanya al-Fateh

“Ni la korang, orang suruh turun sembahyang subuh kat surau atau masjid, tapi ni duk jugak sembahyang kat “maslik” (bilik).. Macamni, subuh tadi, sahabat kita tu…bagi kuliah sikit kat surau….” kata Zulhisyam.

“Sahabat kita yang mana pulak ni?” al-Farisi menyampuk

“Ala…yang tu la…faham-faham la..” kata Zulhisyam

“OoooOOoo… faham-faham” kata al-Farisi..

“Kenapa pulak mung terkilan dengan dia ni?” tanya al-Fateh .

“Takde la…tadi dia cakap macamni…walaupun kita ni duk gi solat berjemaah kat surau pun, kalau tak dapat ilmu takde guna jugak. Lebih baik kita gi dengar kuliah ke, dengar ceramah ke..buleh jgk ilmu… Lebih kurang gitu la dia cakap..” kata Zulhisyam.

“Aku pelik la…kalau kita gi sembahyang berjemaah pun..kita tetap boleh ilmu jugak.. Nabi suruh gi sembahyang berjemaah tu, mesti ada hikmahnya jugak” sampuk al-Fateh

“Memang pun, kalau gi solat berjemaah, kita boleh berjumpa sahabat-sahabat lain.. Banyak info yang kita boleh tahu.. Macam dengan program kat Kg CD..kat sana ada program Jejak Sinar Ramadan pada 13 haribulan ni..” kata Zulhisyam

“Ye tak ye jugak…info macamtu pun ilmu jugak kan.. Aku pun tak tahu ada program kat sana..ni baru aku tahu la” telah al-Fateh

“Mung ni, faham-faham la perangai dia tu…dia tu kan ilmu tinggi..tahap dewa sudah..sebab tu la dia boleh cakap macamtu tu.. Lain la macam kita ni, kurang ilmu” kata al-Farisi

“Kalau banyak ilmu pun, takde guna jugak kalau tak amal… bak kata pepatah arab.. ilmu tanpa amal seperti pepohon tanpa buah-buahan.. Kalau pandai bercakap je, tapi takde tindakan takde guna jugak.. takde orang nak respek kat kita pun” kata al-Fateh

“Betol jugak tu.. Dalam al-Quran pun ada sebut, dalam surah as-Sof ayat 3, amat celakalah disisi Allah orang-orang yang bercakap tapi tak reti nak buat apa yang dia cakapkan tu.. Try rujuk la surah as-Sof tu..bagus untuk muhasabah diri kita ni..” kata Zulhisyam..

“Sebabtu la Nabi suruh kita jangan banyak sangat bercakap…kalau semakin banyak bercakap…semakin banyak silapnya..semakin banyak dosa” kata al-Farisi

“Kadang-kadangkan, apa yang kita cakapkan tu akan terbalik kat diri kita jugak..ibarat meludah kat muka sendiri” sambung al-Farisi

“Yang jadi macamtu tu, sebab kita bercakap ni niat kita bukan ikhlas kerana Allah, tapi kita ni nak tunjuk yang kita ni hebat… Kalau dah salah niat, kita larang orang buat macam-macam..lama-lama kita pulak yang buat benda tu” kata al-Fateh

“Resolusinya sekarang, kalau bercakap tu, biar berlandaskan agama..jangan pakai hentam je…nanti jadi ajaran sesat pulak” sambung al-Fateh

“Emp… Ok la…kita dah lewat ni..jom la balik..nanti kita sambung borak-borak kat bilik pulak” kata Zulhisyam

“Wokey… Assalamualaikum”…



Watak dan cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.. tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun yang berada di luar UMS atau di mana-mana sahaja.. Harap maklum


Monday, September 08, 2008

Sultan Muhammad al-Fateh: Inspirasi Kebangkitan Minda Mahasiswa

Sejarah telah mencatatkan bahawa Islam pernah menguasai sebanyak 2/3 dunia pada zaman kegemilangannya. Kegemilangan tamadun Islam ini berpunca daripada hasil usaha umatnya yang terlalu cintakan untuk melihat agamanya berada tinggi melebihi apa-apa yang ada di bumi ini kerana Islam itu sememangnya tempatnya adalah yang tertinggi.

Sememangnya, sejarah telah menyaksikan kepada kita, kebangkitan Islam itu adalah berpunca daripada golongan belia dan pemuda-pemuda yang cintakan keredhaan dari Allah. Disini penulis lebih suka untuk menyebut bahawa golongan pemuda-pemuda tersebut adalah golongan mahasiswa. Golongan mahasiswa adalah pemuda. Golongan yang intelek. Golongan yang inginkan perubahan.

Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Sebagai seorang mahasiswa, kita sememangnya adalah golongan pencorak masa depan negara. Golongan yang mampu merubah masa hadapan. Mari kita soroti sejarah perjuangan seorang khalifah Islam suatu ketika dahulu. Seorang mahasiswa yang telah mengubah dunia. Walaupun baginda ialah seorang khalifah, baginda turut merupakan seorang mahasiswa. Disini penulis suka menonjolkan perkataan mahasiswa kerana penulis juga merupakan seorang mahasiswa.

Sultan Muhammad al-Fateh, adalah sebaik-baik pemimpin yang disebut di dalam hadis Rasulullah di atas. Baginda menaiki takhta semasa hanya berumur 19 tahun. Di umur kita masih bergelar seorang mahasiswa. Bagindalah merupakan orang yang pertama yang berjaya menawan kota Constantinople walaupun sebelum baginda lagi, banyak percubaan untuk menawan Constantinople, tetapi semuanya tidak berjaya.

Role model yang intelek dan bersahsiah

Bagi penulis, penulis beranggapan bahawa sebagai seorang mahasiswa, Sultan Muhammad al-Fateh sememangnya amat layak untuk dijadikan sebagai idola setiap mahasiswa. Baginda merupakan seorang yang intelek dan penuh bersahsiah. Baginda menguasai pelbagai jenis ilmu sejak dari kecil lagi. Baginda mendapat pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam ilmu peperangan, baginda menguasai taktik peperangan, memanah, menunggang kuda dan segala aspek ilmu ketenteraan. Di dalam bidang pemerintahan, baginda adalah seorang khalifah yang berjaya membangunkan negara dan rakyat serta matang menangani masalah negara. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Keazaman yang gigih dan tidak berputus asa

Sifat gigih berusaha dan tidak berputus asa seharusnya dan sewajibnya tertanam dalam diri setiap mahasiswa. Setiap kejayaan itu tidak akan berhasil sekiranya kita tidak berusaha dan berputus asa seandainya kita gagal menghadapi pelbagai halangan menimpa.

Selepas menaiki takhta kerajaan Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fateh berusaha setiap hari meneliti dan mengkaji setiap aspek tentang peta dan geografi Kota Constantinople. Baginda mem“postmortem”kan setiap aspek yang membawa kegagalan kepada tentera-tentera yang terdahulu yang pernah mencuba untuk menawan Constantinople. Baginda gigih merancang dan merencana strategi yang bakal di gunakan untuk menawan Kota Constantinople nanti.

Di dalam medan peperangan, tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh mendapat tentangan yang maha hebat dari tentera Byzantine yang mempertahankan Kota Constantinople dari ditakluki. Peperangan tersebut berlanjutan melebihi 50 hari. Keadaan ini memberikan tekanan kepada tentera Islam dan menyebabkan mereka hampir berputus asa. Di saat itu, Sultan Muhammad al-Fateh bangkit menyeru kepada tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid, ikutlah aku!”. Mendengar seruan tersebut, tentera Islam kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan demi menepati janji Rasulullah iaitu untuk menjadi sebaik-baik tentera yang mampu menawan Kota Constantinople.

Bijak merancang dan berfikiran di luar kotak

Sebagai mahasiswa, kita sepatutnya mampu merancang dan berfikiran di luar kotak untuk menangani sesuatu perkara. Penulis teringat kata-kata daripada seorang pensyarah yang dijemput khas dari Universiti Malaya untuk memberi ceramah motivasi ketika penulis masih menuntut di Kolej Mara Kulim pada tahun 2006. Beliau mengatakan bahawa seseorang itu perlu berfikiran jauh melangkaui 38 tahun ke hadapan. Sebagai seorang mahasiswa, kita sepatutnya berfikiran “beyond the future”.

Di dalam peperangan untuk menawan Kota Constantinople tersebut, Sultan Muhammad al-Fateh telah menunjukkan satu strategi peperangan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun. Sejarawan menyifatkan bahawa strategi tersebut merupakan strategi peperangan yang terbaik yang pernah dilakukan. Sultan Muhammad al-Fateh “melayarkan” kapal-kapal perangnya di atas daratan mendaki bukit. Satu strategi yang mustahil dilakukan, kapal laut berlayar di atas daratan. Namun, dengan kebijaksanaan dan keintelektualan sebagai seorang mahasiswa, Sultan Muhammad al-Fateh mampu melakukan sesuatu yang mustahil dan akhirnya berjaya menawan Kota Constantinople yang hebat dipertahankan oleh tentera Byzantine. Sesungguhnya, yakinlah bahawa pertolongan Allah itu pasti ada.

Karisma seorang ‘abid dan pemimpin

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan setelah Kota Constantinople ditawan, timbul pertanyaan siapa yang layak untuk menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, silalah duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak ada seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, silalah duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, silalah duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.

Kita sebagai seorang mahasiswa, penekanan tentang aspek spiritual dan kerohanian hendaklah di mantapkan. Apa gunanya andai kita digelar intelektual, mendapat First Class Degree sekalipun di majlis graduasi di Dewan Canselor, tetapi kita gagal menerima segulung ijazah dari sebelah tangan kanan kita ketika berlangsungnya majlis graduasi amalan kita di Padang Mahsyar kelak. Jadilah kita seorang ‘abid dan seorang pemimpin yang mampu memimpin diri kita dan masyarakat ke arah yang lebih baik. Contohilah sifat Sultan Muhammad al-Fateh yang tidak pernah sesekali meninggalkan solat walaupun solat tahajjid sekalipun. Baginda adalah seorang mahasiswa, seorang pemimpin dan baginda juga adalah seorang ‘abid yang taat kepada perintah Tuhannya.

“Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah”

“Mahasiswa Merintis Ilmu dan Isu”