Saturday, July 30, 2011

Duit Syiling Baru Malaysia 2012


Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denomenasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling baru ini. Motif reka bentuk syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Siri baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelakkan daripada pemalsuan. Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang berkualiti dan tahan lama. .
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10 bagi setiap satu set.. RUJUK SINI.
Berikut Gambar dan video pelancaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baru Malaysia

Sumber: mediaserius.com

No comments: