Friday, January 07, 2011

Muhasabah hari ini


Jam menunjukkan 0240 pagi. Namun mata belum terasa ingin tidur lagi. Baru pulang dari Masjid Universiti. Online wifi UMS Public dengan beberapa orang adik usrah di sana.

Malam ini sahabat saya Johari belanja makan ketam. Agak murah dibeli dari pasar pilipin di pusat bandar. RM10 untuk 2 kg. Makan ramai-ramai bersama dengan sahabat-sahabat dan adik-adik usrah. Bila berborak-borak santai dibilik, mesti banyak topik yang dikeluarkan. Mesti tidak lari dari topik humor. Mengeratkan ukhwah. Selalunya mesti bab muslimat dan pernikahan. Biasalah anak-anak muda.


Muhasabah hari ini


Setiap kali saya online, mesti saya akan membuka helaian surat khabar online. Hari ini saya tertarik dengan satu hadis yang terdapat di dalam satu artikel.


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran... Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya: "Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?" Maka ia menjawab: "Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya." (Riwayat Bukhari & Muslim)


Hadis ini menerangkan berkenaan dengan salah satu golongan penghuni neraka. Mereka adalah 'pemimpin' yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Namun, mereka tidak melakukan apa yang dikata oleh mereka bahkan melanggar sendiri apa yang telah mereka ucapkan.


Apabila membaca berkenaan hadis ini, hati saya tiba-tiba sayu dan terkedu. Adakah aku termasuk dari golongan yang di ceritakan Nabi ini? Semoga Allah menerima taubat hambaNya ini.


Memegang jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar. Pernah menyandang jawatan sebagai Exco Kerohanian dan Sahsiah yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal kerohanian di kampus. Bahkan banyak lagi jawatan-jawatan lain sebagai pimpinan baik persatuan dan gerakan Islam kampus. Sudah pasti diri ini tidak lari dari berkata sesuatu yang tidak berjaya dilakukan malah melanggar apa yang di ucapkan.


Sebagai seorang pemimpin baik di dalam sebuah organisasi Islam ataupun bukan, sifat übudiyyah kepada Allah perlulah di bentuk di dalam diri. Ketaqwaan kepada Allah adalah anak kunci kepada kejayaan. Di hari ini, kurangnya sifat ketaqwaan adalah salah satu punca dimana kelemahan dan kemunduran sebuah organisasi berlaku.


Kekuatan dan kehebatan sesebuah organisasi itu terletak di atas sifat ketaqwaan ahli-ahli dan pimpinannya. Namun, bagaimanakah untuk kita menilai kekuatan ketaqwaan tersebut dari luaran?


Jawapannya. Pengamalan sunnah Rasullullah. Sunnah bukan semata-mata berkopiah atau bertudung labuh. Tapi lebih dari itu. Adakah pimpinan dan ahli organisasi mengamalkan Qiamullail? Melazimkan bacaan al-Quran? Menghadiri majlis-majlis ilmu? Buka mata, muhasabah diri sendiri.


Marilah kita sama-sama berusaha membaiki diri kita dan sahabat-sahabat kita. Ad-Deenun-nasiihah. Agama itu nasihat. Marilah bersama menjana transformasi diri dan organisasi. Selamat bermuktamar untuk semua.




2 comments:

Anonymous said...

A fair reminder to myself. Thanks for sharing.

p/s: "Selalunya mesti bab muslimat dan pernikahan. Biasalah anak-anak muda."

Anonymous said...

:)xpe..itu menunjukkan kmu semua masih normal