Saturday, January 01, 2011

Meneruskan jalan pengembaraan


Assalamualaikum wbt kepada pengunjung blog ini. Sudah agak lama ana tidak menulis artikel atau meng-update blog ana ini.. InsyaAllah, ana akan berusaha untuk menghidupkan kembali blog kesayangan ini…

Meneruskan langkah pengembaraan

Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya… 2011 menunggu untuk diisi dan dijelajahi. Detik-detik 2010 telah meninggalkan sejuta pengalaman dan sejarah.. 1001 perkara telah berlaku sepanjang setahun yang lalu.. Menukilkan sejarah dan kenangan yang akan dilupakan dan tidak akan mampu dilupakan..

Istiqamah dalam perjuangan

Istiqamah dalam perjuangan. Satu perkataan yang senang diucapkan, tapi susah untuk direalisasikan.. Tahun 2010 telah menyaksikan beberapa ujian yang telah menguji para penggerak gerakan Islam di kampus ini. Ada yang terus futur, dan ada yang masih mampu mengorak langkah perjuangan.

Sepanjang 3 tahun ana terlibat secara langsung di dalam gerakan mahasiswa kampus, ana dapat memerhatikan beberapa factor yang melemahkan kekuatan ahli gerakan seterusnya menyebabkan Jemaah bermasalah.
1. Ahli kurang memahami matlamat Jemaah.
2. Ahli kurang sifat berkorban.
3. Ahli tidak memahami 10 rukun baiah dengan baik.
4. Kurangnya ukhwah sesama pimpinan

Ini hanya beberapa factor yang ana dapat perhatikan yang menyebabkan berlakunya masalah dalam sesuatu gerakan atau persatuan.

Ana teringat kata-kata ayah ana. “Jadikan masalah satu peluang. Cari punca dan ikhtiarkan penyelesaian. 20 tahun dahulu, orang berfikir macam mana suatu hari nanti, bila terlalu banyak logam-logam dan besi-besi di hasilkan, apa akan berlaku kepada bumi pada masa akan datang? Manusia berjaya mencari solusi. Sekarang ini, tokey-tokey besi buruk pun boleh kaya. Ramai pendatang asing mampu kaya dengan hanya menjual besi buruk. Orang Melayu?”

Setiap permasalahan ada penyelesaiannya.

Hablum minallah, wa hamblum minannas

Mengembara bukan senang. Mengembara menuju redha Ilahi memerlukan satu bekalan yang mampu membawa kepada penghujung pengembaraan.

Amat malang sekali jika seorang hamba Allah terlalu leka dan tidak mempunyai sifat “hablum minallah, wa hamblum minannas”. Kekuatan perjuangan kita adalah bergantung kepada sifat ketaqwaan kita kepada Allah dan hubungan kita sesama manusia.

Ana amat tertarik dengan satu entri didalam buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh yang menyebut berkenaan taqwa. Definisi taqwa yang memberi kekuatan dalam perjuangan.

Khalifah Saidina Umar telah memberi wasiat kepada Saad bin Waqqah didalam peperangan al-Qadisiyyah.

“Wahai Saad, aku perintahkan kepadamu dan orang-orang yang bersamamu supaya meningkatkan takwa kepada Allah dalam setiap keadaan. Taqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan dalam menghadapi musuh dan strategi terhebat dalam pertempuran. Aku perintahkan kepadamu dan orang-orang bersamamu supaya menjadi orang yang lebih kuat dalam memelihara diri daripada berbuat maksiat berbanding musuh-musuh kalian. Dosa pasukanmu lebih aku takuti daripada dosa musuh-musuhmu.”

Ketaqwaan kepada Allah adalah sebenar-benar jalan penyelesaian. Persiapkan diri dengan pelbagai definisi berkenaan ketaqwaan. Taqwa bukan semata-mata takut kepada Allah, tapi makna taqwa adalah lebih dari itu.

No comments: