Saturday, October 25, 2008

Pilihanraya Kampus UMS 08/09 – Penglibatanku

Tanggal 20 Oktober 2008, hari penamaan calon untuk pemilihan MPP bagi sesi 2008/2009 diadakan. Sebelum saya pergi ke tempat penamaan calon, saya ke pejabat Timbalan Dekan HEP & Alumni Sekolah Sains dan Teknologi terlebih dahulu. Disana saya ditemuduga oleh Prof. Madya Dr Jualang. Semasa sesi temuduga tersebut, saya mendapat banyak input yang berguna untuk digunakan pada masa akan datang. Terima kasih Prof..

Semasa di Anjung Siswa untuk proses penamaan calon, Alhamdulillah, semua perkara berjalan dengan lancar. Semoga jalan yang saya pilih ini diredhai Allah.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa hari penamaan calon.