Saturday, October 25, 2008

Pilihanraya Kampus UMS 08/09 - Manifesto

Semasa kempen untuk PRK berlangsung, saya tidak mengeluarkan janji-janji yang sedap di dengar oleh telinga-telinga warga UMS. Ini kerana seandai saya berjanji berlebihan, dan saya tak mampu melaksanakannya, maka amat beratlah dosa yang saya bakal pikul.


Namun dalam manifesto saya, saya menggunakan manifesto bertema “Mahasiswa Peneraju Perubahan”. Perubahan yang saya maksudkan ini merangkumi pelbagai aspek. Tetapi saya lebih memfokuskan kepada perubahan perspeksi mahasiswa itu kepada Islam. Saya mahu mengajak seluruh mahasiswa UMS khasnya dan seluruh penduduk Sabah amnya untuk lebih mengenali kesyumulan Islam itu sendiri dan membuang terus dari benak dan hati mereka tentang perspeksi Islam itu adalah extreme.


Sesungguhnya, Islam itu untuk semua, tidak mengira bangsa, etnik, kaum, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya. InsyaAllah... Saya berharap perjuangan saya ini akan didokong dan disokong oleh semua pihak.


“Mahasiswa Peneraju Perubahan”


“Islam Untuk Semua”