Sunday, July 24, 2011

Mengenali ChurpChurp

ChurpChurp | A Community for Social Media Influencers
ChurpChurp adalah anak syarikat kepada Nuffnang yang berfungsi sebagai sebuah media pengiklanan yang bergerak atas platform social networking seperti Facebook dan Twitter. Terdapat 3 jenis cara untuk menambah pendapatan melalui ChurpChurp iaitu social sharing, social seeding dan scheduled tweet.

ChurpChurp Tutorial

● Social sharing
Sebarkan berita atau info mengenai iklan tertentu kepada rakan-rakan untuk mendapatkan ganjaran! Pilih satu kempen (iklan) yang ingin anda kongsi, dapatkan personal link, dan sebarkan info tersebut melalui media sosial. Ganjaran akan dikira melalui setiap klik link tersebut. Tapi ingat, jangan cuba untuk SPAM ketika berpromosi.


● Social seeding
Hantar berita atau info mengenai iklan tertentu di Twitter, Facebook ataupun forum secara manual berdasarkan keyword yang diberikan oleh pengiklan. Hanya berita atau info yang menepati syarat-syarat akan disiarkan.


● Scheduled tweets
Tulis info mengenai kempen (iklan) untuk dihantar di Twitter anda. Pastikan semua tweet anda mempunyai keyword yang ditetapkan oleh pengiklan. Tidak semua publishers akan mendapat kempen scheduled tweet kerana pengiklan hanya memilih publishers yang mempunyai targeted followers untuk iklan mereka.

* Untuk menyertai komuniti ChurpChurp bolehlah ke laman web ChurpChurp.com


Sumber artikel: ikhwanshah.com

No comments: