Tuesday, January 11, 2011

Saturday, January 08, 2011

Kepimpinan: Dimana ada Islam, disitu ada kewajipan

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dan ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(an-Nur: 55)

Friday, January 07, 2011

Muhasabah hari ini


Jam menunjukkan 0240 pagi. Namun mata belum terasa ingin tidur lagi. Baru pulang dari Masjid Universiti. Online wifi UMS Public dengan beberapa orang adik usrah di sana.

Malam ini sahabat saya Johari belanja makan ketam. Agak murah dibeli dari pasar pilipin di pusat bandar. RM10 untuk 2 kg. Makan ramai-ramai bersama dengan sahabat-sahabat dan adik-adik usrah. Bila berborak-borak santai dibilik, mesti banyak topik yang dikeluarkan. Mesti tidak lari dari topik humor. Mengeratkan ukhwah. Selalunya mesti bab muslimat dan pernikahan. Biasalah anak-anak muda.


Muhasabah hari ini


Setiap kali saya online, mesti saya akan membuka helaian surat khabar online. Hari ini saya tertarik dengan satu hadis yang terdapat di dalam satu artikel.

Wednesday, January 05, 2011

Dedikasi untuk si dia

Ku Yakin Berlaku
(Aidil ft Hafiz Hamidun)

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini

Saturday, January 01, 2011

Meneruskan jalan pengembaraan


Assalamualaikum wbt kepada pengunjung blog ini. Sudah agak lama ana tidak menulis artikel atau meng-update blog ana ini.. InsyaAllah, ana akan berusaha untuk menghidupkan kembali blog kesayangan ini…

Meneruskan langkah pengembaraan

Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya… 2011 menunggu untuk diisi dan dijelajahi. Detik-detik 2010 telah meninggalkan sejuta pengalaman dan sejarah.. 1001 perkara telah berlaku sepanjang setahun yang lalu.. Menukilkan sejarah dan kenangan yang akan dilupakan dan tidak akan mampu dilupakan..