Saturday, May 28, 2011

Sudah lama agaknya tidak menulis?

28 Mei 2011. Terdetik di dalam diri untuk menulis sepatah dua kata di dalam blog kesayangan ini. Agak lama rasanya tidak menulis dan berkongsi pengalaman di dalam blog ini. InsyaAllah, di masa yang ringkas ini, nurilfateh akan berkongsi sedikit apa yang berada di dalam benak hati dan fikiran. :)

Masih di Sabah

Cuti semester sudah hampir 2 minggu. Namun saya belum balik lagi ke kampung. Pada asalnya planning nak selesaikan beberapa kerja tertangguh, namun belum selesai lagi. Adoi. Selalu teringat kata-kata ini, yang selalu disebut-sebut oleh pakar motivasi. "Jangan bertangguh, nanti semua takkan settle-settle".

Friday, May 27, 2011

Video Pertandingan Nasyid Tamu Gadang 2010

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana berjaya untuk upload video rakaman pertandingan nasyid ini. Walaupun pertandingan ini berlangsung pada tahun lepas, harap sahabat-sahabat semua enjoy menyaksikan rakaman ini.

Saya memohon maaf kerana rakaman video ini tidak full kerana rakaman ini sahaja yang diberikan oleh pihak penganjur. Harap terhibur.


Monday, May 02, 2011

Bila Dhuha Menjelma


Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan nikmat pada pagi ini......Moga aku sentiasa digolongkan di kalangan hamba-hamba-Mu yang bertaqwa ya Allah...ameen..

"Ya Allah,

bahawasanya waktu dhuha itu dhuhaMu,

kebaikan itu kebaikan Mu,

keindahan itu keindahan Mu,

kekuasaan itu kekuasaan Mu,

dan perlindungan itu perlindungan Mu,

Ya Allah......

sekiranya rezeki ku masih di langit, maka turunkanlah,

sekiranya masih di dalam bumi, maka keluarkanlah,

sekiranya susah maka permudahkanlah,

sekiranya haram maka sucikanlah,

sekiranya jauh, maka dekatkanlah.....

Berkat dhuhaMu, keagungan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu, dan kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang Engkau limpahkan kepada kami segala yang Engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

Siiru a'la barakatillah.