Masih di Sabah
Cuti semester sudah hampir 2 minggu. Namun saya belum balik lagi ke kampung. Pada asalnya planning nak selesaikan beberapa kerja tertangguh, namun belum selesai lagi. Adoi. Selalu teringat kata-kata ini, yang selalu disebut-sebut oleh pakar motivasi. "Jangan bertangguh, nanti semua takkan settle-settle".
InsyaAllah, ikhtiar selesaikannya sebelum balik nanti, sebelum menjejakkan kaki ke bumi semenanjung 13 Jun nanti.
InsyaAllah, ikhtiar selesaikannya sebelum balik nanti, sebelum menjejakkan kaki ke bumi semenanjung 13 Jun nanti.
Kembara di bumi Negeri Di Bawah Bayu ini, tidakkan akan bermakna jika tidak menabur bakti walaupun sedikit. Sentiasa teringat kata-kata seorang sahabat yang juga merupakan pendakwah semasa saya masih tahun pertama berada Sabah. "Sabah adalah satu bumi yang subur untuk bercucuk tanam. Subur dengan ilmu dan bakti untuk di curahkan. Bumi Sabah adalah bumi yang subur untuk berdakwah".
Dalam beberapa tahun ini, saya hanya bergerak aktif di dalam kampus. Namun, saya merasakan sudah tiba masanya saya mengorak langkah untuk menyumbang kepada masyarakat luar pula. Alhamdulillah, selepas Muktamar Tahunan Kelab Nur E-Man, Kolej Kediaman E pada bulan 3 yang lepas, saya telah melepaskan semua jawatan yang saya pegang di kampus. Agak free sikit dari tanggugjwab dan amanah. Bermula bulan 3, saya mengajar Al-Quran & Iqra' serta kelas tuisyen di Surau Al-Muhajirin, Flat Persekutuan Kompleks Sukan Likas. Kelas ini merupakan anjuran dari Persatuan Siswazah Sabah dan lanjutan dari tahun-tahun yang lepas. Memang agak susah untuk mengajar budak-budak. Banyak karenah, namun perlu bersabar.
Masih lagi di Sabah. Buka email, banyak sangat jemputan program di Kelantan. Markaz Siswazah Kelantan memanggil. Banyak program di rancang semasa cuti ini. Cuti panjang. Namun tiada kudrat untuk memenuhi panggilan. Hanya berupaya menghantar wakil. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berada di Kelantan.
Fitrah untuk "bercinta"
Saya jarang menulis dan komen berkenaan cinta dan perasaan. Namun, sepanjang saya menjadi Exco Kerohanian & Sahsiah, MPP dan pimpinan pelajar, masalah ini terpaksa saya hadapi.
Banyak kes dan pengalaman yang saya temui. Ada yang terus mengharamkan "cinta" dan ada yang berpendapat sebaliknya. Ada yang terlanjur dan ada mampu hadapinya. Semoga Allah mengampunkan dosa hamba-hambanya.
Cinta matlamatnya untuk berumahtangga. Membina sebuah keluarga. Membina sebuah jalan untuk meneruskan perjuangan. Saya suka menyarankan kepada sahabat-sahabat untuk membaca buku "Di Jalan Dakwah Aku Menikah", banyak ilmu yang boleh dikorek didalam buku ini agar diri tidak terpesong dengan kalimah0kalimah cinta yang melalaikan.
Fitrah untuk berumahtangga dan berpasangan. Perasaan ini pasti ada di dalam hati semua insan. Allah telah menciptakan setiap sesuatu berpasang-pasangan. Cuma didalam menghadapi situasi ini, 'syariatullah' perlu diutamakan. 'Syariatullah' yang wajib di jaga.
Ibu bapa diutamakan. Berbicara soal cinta, Ustaz Issraq (Ketua Unit Hal Ehwal Masjid UMS) sentiasa berpesan kepada saya. Semasa pertemuan dengan beliau bersama gadis pilihan di masjid, ustaz berpesan, dalam setiap sesuatu, ibu bapa perlu diutamakan. Terlalu banyak maksud yang boleh di huraikan di dalam kata-kata nasihat beliau tersebut.
Alhamdulillah, semoga pengunjung blog ini mendapat manfaat dari penulisan saya ini. Teruskan membaca artikel yang seterusnya. :)
No comments:
Post a Comment