Tuesday, January 10, 2012

Kursus Perunding Al-Baghdadi (Sabah) Januari 2012

Jom sertai Kursus Perunding Al-Baghdadi di Sabah.
Tarikh: 28 dan 29 Januari 2012
Tempat: Universiti Malaysia Sabah
*tempat specifik akan dimaklumkan kemudian
Yuran: RM300 seorang

Untuk pendaftaran, sila hubungi / sms:
Ustaz Rusdi - 019-8506041
Ustaz Syabri - 014-8613699



Tuesday, November 01, 2011

Kursus Asas & Perunding Teknik Al-Baghdadi Sabah


1. Kursus Asas Teknik Al-Baghdadi 


Tarikh: 12 November 2011
Masa: 8.00 pg - 9.00 pg
Yuran: Percuma

2. Kursus Perunding Teknik Al-Baghdadi

Tarikh: 12 - 13 November 2011
Masa: 8.00 pg - 5.00 ptg
Yuran: RM 300

Tempat: Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu

* Penyampai kursus ialah Ust Jalaluddin Hassanuddin Al-Baghdadi, Pengasas Teknik Al-Baghdadi

- Keistimewaan kursus ini, anda akan diberi tauliah utk mengajar dgn Teknik Al-Baghdadi dan berpeluang utk membuka Al-Baghdadi Learning Centre sendiri..
- Mendapat diskaun 20% untuk sebarang produk/buku Teknik al-Baghdadi

Utk maklumat lanjut dan pendaftran blh menghubungi :
Ust Razali - 013 5430833 / Ust Rusdi - 019-8506041 / Ust. Syabri : 014-8613699


* Pendaftaran kursus juga boleh secara online. Sila layari link ini.http://bit.ly/daftar_kursus_albaghdadi..



Friday, September 23, 2011

Hudud: PAS vs DAP




Pandangan peribadi saya berkenaan isu hudud yang di mainkan oleh media perdana antara PAS – DAP

1. Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah baginda dengan dakwah bil-hal. Baginda menunjukkan contoh dalam setiap keadaan

2. Permulaan dakwah nabi bermula dengan penerapan aqidah, barulah dilaksanakan syariat hukum Islam

3. Dalam Malaysia, setiap negeri mmpunyai kuasa/enekmen/akta untuk melaksanakan hukum Islam. Isu hudud negeri Kelantan tidak di laksanakn kerana kerajaan persekutuan tidak membenarkn perlaksanaan hukum tersebut kerana dikatakan bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.

4. Dalam isu hudud antara DAP - PAS. DAP mengatakan perlaksanaan hukum hudud tidak ada dalam manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat.

5. Pandangan peribadi saya dalam hal ini, seandainya PR memerintah Malaysia, perkara ini tidak menjadi masalah kerana setiap negeri mempunyai kuasa untuk menggubal / melaksanakan hukum Islam tersendiri. Biarlah negeri Kelantan, Kedah yang di kuasai oleh PAS melaksanakan hukum hudud tersebut terlebih dahulu sebelum di laksanakan oleh negeri-negeri lain atau peringkat negara. Negeri Kelantan boleh menjadi role model atau contoh di dalam perlaksanaan hukum hudud tersebut.

5. Jika DAP tidak mahu melaksanakan hukum hudud, maka tidak perlu la melaksanakan hukum tersebut di negeri yang di perintah oleh DAP sebagai contoh Pulau Pinang.

6. Didalam Islam mempunyai hukum Takzir, Hudud dan Qisas. Maka, di peringkat negara, di dalam keadaan masyarakat yang masih jahil tentang hukum Islam ini, maka di laksanakan hukum Takzir selain hukum Hudud.

7. Setelah aqidah dan kefahaman yang jelas telah diterapkn dalam setiap masyarakat, maka hukum Hudud boleh lah di laksanakan dengan menyeluruh berpandukan dengan model Negeri Kelantan yg telah melaksanakan hukum tersebut terlebih dahulu..

~ ini adalah sekadar pandangan saya berdasarkn ilmu yg ada ~

Wednesday, September 21, 2011

Fakta Sejarah – Polis Sebelum dan Selepas Merdeka

Sumber artikel: Malaysia Times

Mari mengenali siapa British dan hubungkait dengan talibarut British.

Mengenai dengan polis/askar sebelum merdeka dan selepas merdeka, terdapat perbezaan yg amat jauh sekali dengan tugasan dan tangungjawab mereka.

SEBELUM MERDEKA.
1.) Negara kita masa itu sedang dijajah oleh British. Fakta British adalah penjajah Tanah Melayu, membolot semua hasil bumi tanah melayu untuk kepentingan penjajah kafir barat-British. 

2.) British dengan bijaksananya merekrut org2 melayu (sebahagian yang tak ada kerja), untuk menjadi mata2 (polis bawahan) British di Tanah melayu.

3.) Tugas mata2 British ini adalah untuk menjaga kepentingan British dan TAAT Setia mereka adalah kepada Queen Elizabeth (Raja British).


Friday, August 12, 2011

10 sen baru ada lambang Israel?

Sumber artikel: Aduka Taruna


Blogger mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjelaskan mengenai pengaruh freemason Yahudi dalam duit syiling 10 sen yang baru dicetak oleh Bank Negara Malaysia (BNM). 

MiloSuam bertanya, mengapakah logo ‘Star of David‘ yang lazim pada bendera Israel boleh ditempa di permukaan syiling 10 sen baru. 

“Satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak ‘Star of David‘ yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. 

“Persoalannya, adakah ‘Star of David‘ sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? 

“Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama? 

“Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. 

“Jika ’Star of David‘ pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?” soalnya dihttp://milosuam.blogspot.com. 


Untuk pembacaan lanjut:
http://adukataruna.blogspot.com/2011/08/10sen-baru-presiden-umno-didakwa-terima.html
http://hazissac.blogspot.com/2011/07/gambar-lambang-israel-pada-duit-syiling.html

http://www.zuhairifirdaus.com/2011/07/bendera-israel-dalam-duit-syiling-baru.html
http://www.akmalhilmi.com/duit-syiling-baru-malaysia-edisi-ketiga-mempunyai-persamaan-dengan-bendera-israel/
http://lunaticg.blogspot.com/2011/08/new-10-sen-related-to-israel-flag.html
http://lunaticg.blogspot.com/2011/08/bnm-reply-on-new-duit-syiling-issue.html

Sunday, July 31, 2011

Niat Puasa & Berbuka Puasa



Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.. Assalamualaikum pada sahabat2 semua. Bulan ramadhan semakin hampir tiba tak lama lagi. Jadi mungkin ada yang dah terlupa niat berpuasa dan doa berbuka puasa. Semoga dgn info ini dapat memberi manfaat pada kita semua.


Saturday, July 30, 2011

Duit Syiling Baru Malaysia 2012


Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denomenasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling baru ini. Motif reka bentuk syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Simbol Illuminati Pada Ringgit Malaysia?



Salam semua.. entri kali ni saya nak share satu perkara yang agak menarik dengan anda semua..
Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? Subhanallah..betul kah?

Sunday, July 24, 2011

Mengenali ChurpChurp

ChurpChurp | A Community for Social Media Influencers
ChurpChurp adalah anak syarikat kepada Nuffnang yang berfungsi sebagai sebuah media pengiklanan yang bergerak atas platform social networking seperti Facebook dan Twitter. Terdapat 3 jenis cara untuk menambah pendapatan melalui ChurpChurp iaitu social sharing, social seeding dan scheduled tweet.

Saturday, July 23, 2011

Bukti Bulan Pernah Terbelah





Lima tahun sebelum Nabi saw berhijrah dari Makkah ke Madinah, ada sekelompok orang Quraisy yang datang menemui baginda dan mengatakan: “Hai Muhammad, jika engkau benar-benar seorang nabi dan rasul maka datangkanlah bukti yang menunjukkan bahwa engkau memang benar-benar seorang nabi dan rasul.”