Tuesday, January 11, 2011
Saturday, January 08, 2011
Kepimpinan: Dimana ada Islam, disitu ada kewajipan
Labels:
Kepimpinan Islam
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dan ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(an-Nur: 55)
Dikirimkan oleh
Nurilfateh
0
comments
Friday, January 07, 2011
Muhasabah hari ini
Labels:
Muhasabah
Jam menunjukkan 0240 pagi. Namun mata belum terasa ingin tidur lagi. Baru pulang dari Masjid Universiti. Online wifi UMS Public dengan beberapa orang adik usrah di sana.
Malam ini sahabat saya Johari belanja makan ketam. Agak murah dibeli dari pasar pilipin di pusat bandar. RM10 untuk 2 kg. Makan ramai-ramai bersama dengan sahabat-sahabat dan adik-adik usrah. Bila berborak-borak santai dibilik, mesti banyak topik yang dikeluarkan. Mesti tidak lari dari topik humor. Mengeratkan ukhwah. Selalunya mesti bab muslimat dan pernikahan. Biasalah anak-anak muda.
Muhasabah hari ini
Setiap kali saya online, mesti saya akan membuka helaian surat khabar online. Hari ini saya tertarik dengan satu hadis yang terdapat di dalam satu artikel.
Dikirimkan oleh
Nurilfateh
2
comments
Wednesday, January 05, 2011
Dedikasi untuk si dia
Labels:
Cinta/Persahabatan
Ku Yakin Berlaku
(Aidil ft Hafiz Hamidun)
Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu
Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci
Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu
Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama
Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku
Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian
Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini
Dikirimkan oleh
Nurilfateh
0
comments
Saturday, January 01, 2011
Meneruskan jalan pengembaraan
Labels:
Muhasabah

Assalamualaikum wbt kepada pengunjung blog ini. Sudah agak lama ana tidak menulis artikel atau meng-update blog ana ini.. InsyaAllah, ana akan berusaha untuk menghidupkan kembali blog kesayangan ini…
Meneruskan langkah pengembaraan
Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya… 2011 menunggu untuk diisi dan dijelajahi. Detik-detik 2010 telah meninggalkan sejuta pengalaman dan sejarah.. 1001 perkara telah berlaku sepanjang setahun yang lalu.. Menukilkan sejarah dan kenangan yang akan dilupakan dan tidak akan mampu dilupakan..
Dikirimkan oleh
Nurilfateh
0
comments
Wednesday, December 01, 2010
Di Halaman Kasih Abadi - Bicara Hatiku
Labels:
Cinta/Persahabatan
Di Halaman Kasih Abadi - Bicara Hatiku
Tika dinihari,
Asma al-Husna berkumandang
Diriku berjalan, melihat dan mentafsir
Damai, indah dan tenang suasana, Subhannallah.
Akhlak bunga diri ku cuba tanam sebaiknya
Diriku hijrah menuju Allah
Memohon ampun sepenuh jiwa
Sabar dan tekad di hatiku penuh tabah
Mencari cahaya cinta dari Allah.
Hadirnya insan dalam diri,
Membuka dimensi cinta dan harapan,
Menanti saat lafaz sakinah
Memakbulkan impian kasih diri.
Yang sentiasa ku pohon dari Ilahi.
Kerana cinta ..syukurlah..hadirnya hidayah
Membawa layar keinsafan mencari cinta teragung
Destinasi cinta menghilangkan kemarau di hati
Sesekali diuji memberi rahmat ujian pada diri
Segalanya milik-Mu....
Dikirimkan oleh
Nurilfateh
2
comments
Tuesday, August 17, 2010
Mahasiswa Baru
Labels:
Artikel Blog
Petikan kata-kata Prof Dr Abu Hassan Hasbullah:
Mahasiswa yang berorientasikan bilik kuliah adalah mahasiswa dungu di abad ke 21. Mahasiswa yang fokusnya untuk peperiksaan adalah mahasiswa statik yang tidak memberi impak kepada sekelilingnya. Mahasiswa yang rigid dengan silibus buku teks pensyarah adalah manusia ketinggalan dalam dunia keterbukaan ilmu.
Mahasiswa kurun ke 21 adalah mahasiswa yang meneroka, mengkaji, menjelajah dan menulis. Jika unsur-unsur seperti ini tiada pada diri mahasiswa maka mahasiswa akan ketinggalan dalam era serba fakta dan berilmu pengetahuan.
Dikirimkan oleh
Nurilfateh
0
comments
Wednesday, July 21, 2010
Seminar Karya Agung "Ulama & Ilmuwan Islam Alam Melayu"
Labels:
Poster
Dikirimkan oleh
Nurilfateh
0
comments
Monday, May 10, 2010
Mother's Day. Hari Dewa Rhea!
Labels:
Artikel Blog
Artikel dipetik daripada:
http://ustsaifulbahri.blogspot.com
Sememangnya kini kita berada dalam jaringan lubang dhab yang dalam dan berserabut hasil peninggalan penjajah Barat dan kesan weternisasi. Seolah-olah perkembangan pola pikir kita berlandskapkan permasalahan yang sama yang dideritai oleh barat. Akibatnya kita menelan segala pil yang dicipta barat bagi menyelesaikan segala permasalahan mereka. Seumpama orang yang berpenyakit yang terpaksa menelan pelbagai jenis pil yang ditetapkan doktor untuk penyembuhan tetapi si anak yang diterangkan transkripsi ubat oleh sang doktor untuk diberi kepada ibunya yang sakit turut menelan ubat yang sama. Beliau tidak menghadapi penyakit tersebut tetapi kerana terpesona dengan penerangan dan penjelasan atau kagum dengan si doktor. Betapa bodohnya dia.
Inilah yang dihadapi oleh umat Islam khususnya para pemerintah mereka. Seolah-olah terkapai-kapai tanpa sumber dan panduan. Mereka menelan semua pil barat untuk menghadapi penyakit-penyakit yang melanda Barat sedangkan segala virus dan punca penyakit tersebut juga mereka bawa dan datangkan dari barat. Sebenarnya mereka bercelaru dari segi welstanchaungnya (world view). Inilah juga yang menimpa kepada rakyat dan umat Islam.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com
Sememangnya kini kita berada dalam jaringan lubang dhab yang dalam dan berserabut hasil peninggalan penjajah Barat dan kesan weternisasi. Seolah-olah perkembangan pola pikir kita berlandskapkan permasalahan yang sama yang dideritai oleh barat. Akibatnya kita menelan segala pil yang dicipta barat bagi menyelesaikan segala permasalahan mereka. Seumpama orang yang berpenyakit yang terpaksa menelan pelbagai jenis pil yang ditetapkan doktor untuk penyembuhan tetapi si anak yang diterangkan transkripsi ubat oleh sang doktor untuk diberi kepada ibunya yang sakit turut menelan ubat yang sama. Beliau tidak menghadapi penyakit tersebut tetapi kerana terpesona dengan penerangan dan penjelasan atau kagum dengan si doktor. Betapa bodohnya dia.Inilah yang dihadapi oleh umat Islam khususnya para pemerintah mereka. Seolah-olah terkapai-kapai tanpa sumber dan panduan. Mereka menelan semua pil barat untuk menghadapi penyakit-penyakit yang melanda Barat sedangkan segala virus dan punca penyakit tersebut juga mereka bawa dan datangkan dari barat. Sebenarnya mereka bercelaru dari segi welstanchaungnya (world view). Inilah juga yang menimpa kepada rakyat dan umat Islam.
Dikirimkan oleh
Nurilfateh
0
comments
Friday, May 07, 2010
Yang Terbaik Itu
Labels:
Cinta/Persahabatan
Yang terbaik itu..
tidak semestinya ia berada di depan mata
bukan juga dekat di hati
namun ianya adalah penyeri
redha Ilahi..
Yang terbaik itu..
tidak semestinya sekarang
bukan juga masa lalu
namun ianya adalah misteri
rahsia Ilahi..
Yang terbaik itu...
pilihan ditanganku...
tidak semestinya ia berada di depan mata
bukan juga dekat di hati
namun ianya adalah penyeri
redha Ilahi..
Yang terbaik itu..
tidak semestinya sekarang
bukan juga masa lalu
namun ianya adalah misteri
rahsia Ilahi..
Yang terbaik itu...
pilihan ditanganku...
Dikirimkan oleh
Nurilfateh
1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
