Mari mengenali siapa British dan
hubungkait dengan talibarut British.
Mengenai dengan polis/askar
sebelum merdeka dan selepas merdeka, terdapat perbezaan yg amat jauh
sekali dengan tugasan dan tangungjawab mereka.
SEBELUM MERDEKA.
1.) Negara kita masa itu
sedang dijajah oleh British. Fakta British adalah penjajah Tanah
Melayu, membolot semua hasil bumi tanah melayu untuk kepentingan penjajah kafir
barat-British.
2.) British dengan
bijaksananya merekrut org2 melayu (sebahagian yang tak ada kerja), untuk
menjadi mata2 (polis bawahan) British di Tanah melayu.
3.) Tugas mata2 British ini
adalah untuk menjaga kepentingan British dan TAAT Setia mereka adalah
kepada Queen Elizabeth (Raja British).
4.) Terdapat ramai dikalangan anak
tempatan (samada melayu atau bukan melayu) dimasa ini yang mempunyai semangat
untuk menuntut kemerdekaan bagi negara sanggup menggadai harta dan nyawa demi membebaskan
negara pada masa itu.
5.) Ini boleh dibuktikan dengan
perjuangan awal orang-orang melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan
sebagainya. Dalam perjuangan mereka, mereka juga terpaksa bertempur
dengan orang-orang melayu yg menjadi talibarut-talibarut penjajah
yang tugasnya menjaga kepentingan penjajah.
6.) Satu fakta penting lagi, kafir
penjajah British adalah musuh utama kepada Khilafah Islam Utmaniah. Mereka telah membolot
hasil bumi dan kekayaan melayu untuk melawan
Khalifah Islam Uthmaniah. (Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah
mengeluarkan fatwa Jihad-I Ekbar Fardi Ayn terhadap Britain dan
sekutu-kutunya pada 14 November 1914
.
Sebagai
reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar
tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan
antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914)
7.) Satu lagi fakta penting pasal
Penjajah British pada masa berkenaan — Henry Gurney
dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu
pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha
Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang
bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa
pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah
dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera Britishyang
bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey.
Siapakah Raymond Dancey?. Malayan
Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua
Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.
8.) Jadi penentangan orang-orang melayu Islam terhadap
kafir British bukan sahaja menentang penjajah tanah air tetapi juga
adalah jihad terhadap musuh islam (Khilafah Utmaniah)
pada masa tersebut. Orang yangg bersubahat untuk menjaga
kepentingan British pada masa berkenaan untuk melawan jihad
terhadap British pada masaberkenaan sebenranya bukanlah pejuang
agama dan negara yg sebenar.
Ini adalah fakta.
Malah orang-orang yang berjuang
menentang British pada masa berkenaan adalah hero@pejuang
sebenar negara. Mengenai kerjasama antara orang Islam dengan
bukan Islam (tempatan) menentang British itu adalah perkara
diharuskan. Dan perlu diingat tindakan2 PKM sebelum merdeka dan
selepas merdeka adalah sangat berbeza sama sekali.
Sebelum merdeka, tumpuan mereka hanya memperjungkan kemerdekaan dan tidak
membunuh mana-mana orang awam kecuali talibarut penjajah sahaja (kena
baca fakta2 sejarah dr pelbagai pihak). Walau bagaimanapun tidak dinafikan
terdapat tindakan melampau PKM pada masa tersebut dan ini juga perlu
dikutuk.
9.) Berdasarkan hujah
bahawa British adalah penjajah Tanah Melayu dan musuh utama
khilafah Islam Uthmaniah, pihak-pihak yang bersekongkol dan berjuang
mempertahankan British pada masa berkenaan bukanlah pejuang
Agama dan Negara.
10.) Untuk persoalan macam
mana British boleh senang-senang bagi kemerdekaan Tanah Melayu
melalui rundingan , sila renungi fakta penting berikut —-; Perancang
penjajahan Britain di Mesir, Lord Cromer pernah menyatakan di dalam
bukunya ‘Modern Egypt’:"Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan
berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik
dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama
sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang
tidak bergantung kepada sesiapa pun"
SELEPAS MERDEKA.
1.) Negara kita
sudah merdeka dan mempunya raja sendiri.
2.) Polis dan Askar
pada masa ini berkhidmat untuk menjaga keamanan negara dan taat setia
kepada Agung/ Raja Melayu. (terdapat perbezaan
yang amat ketara disini berbanding sebelum merdeka).
3.) Tindakan Polis dan Askar
memerangi komunis adalah tindakan demi menjaga kepentingan Negara
adalah pejuang Negara.
4.) Ini langsung tidak dipertikaikan
asalkan tindakan tersebut benar-benar demi untuk agama, bangsa dan
negara bukan untuk kepentingan pihak tertentu.
5.) Jadi Ayah/Atuk (anda) serta ahli
keluraga aku yg berkhidmat melawan komunis selepas merdeka adalah
jelas pejuang agama dan bangsa.
6.) Walaupun begitu
jikalau British membenarkan pendamaian (seperti dalam rundingan
Baling), semua yang berlaku ini mungkin dapat dihindarkan.
Tetapi British bijak dalam melaksanakan teknik pecah dan
perintah demi untuk kepentingan penjajah British padamasa berkenaan.
Akhir kata, selamat maaf hari raya.
Dan mohon maaf kalau terkasar bahasa. Dan dalam hal ini aku hanya berhujjah
berdasarkan fakta sejarah. Tindakan-tindakan PKM
selepasmerdeka tidak sepatutnya digabungkan dengan tindakan
sebelum merdeka. Terdapat perbezaan pendekatan yang amat banyak
sekali . Dan tindakan orang Melayu angkat senjata
sebelum merdeka (walaupun berkerjasama dengan PKM) harusluh dilihat
dalam konteks perjuangan untuk menuntut kermerdekaan dan melawan musuh
khilafahislam uthmaniah. Terdapat perbezaan pendekatan
yang amat banyak sekali. Dan aku juga mempunyai ahli keluarga yg
menjadi mangsa Komunis, tetapi bila berhujjah aku kena mengenepikan sentiment
emosi dan harus jujur kemukakan berasaskan fakta yang sebenar. Itulah yg
dituntut oleh Islam.
2 comments:
agreed.
totally agree dengan pendapat kat atas. Tapi masih ramai yang tak dapat menilai sejarah dari erti kata sebenar hanya kerana kata-kata itu keluar dari bibir seorang pembangkang jadi kenyataan itu sudah dijadikan sentimen politik.
Pengenalan dan pemahaman terhadap sejarah berbeza pada tahap usia dan intelektual.Fokus pada zaman persekolahan adalah untuk meningkatkan patriotisme,usia yang lebih tinggi pula membawa kita semakin berfikir dan ingin mencari mana yang benar. Apa yang dihadapkan pada permulaan,itu yang mudah untuk manusia cakna dan simpan dalam memori.Bilamana kita mahukan sesuatu yang benar dan memuaskan hati,kita kena usaha lebih untuk mencarinya.Sejarah mmg banyak rahsianya.. :)
Post a Comment